Monday 19 November 2012

"Sehelai Tudung Labuh"


Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku

Suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..

Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga

Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya

Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku
- Artikel iluvislam.com


Aku terbaca artikel ini, artikel ini membuatkan aku terfikir....aku bila lg???banyak persoalan yang timbul dalam diri aku ini sampai aku xthu jawapanya..."rasanya aku dah tutup aurat dengan sempurna kot, islam tu kan agama yang mudah asalkan tutup dengan sempurna klau tak labuh pun xpew kn" tapi klau labuh lagi baguskan???tapi boleh ker ak?ak bukan budak sekolah agama or pondok....tapi tudung labuh tu hanya untuk budak sekolah agama or pondok ker???mereka pun hanya pakai masa disekolah jew tapi lepas sekolah ada jew yang pakai tudung biasa...aku pernah dengar orang bercerita orang yang tudung labuh tu belum tentu baik tapi  bagi aku sekurangnya mereka dah menutup aurat dengan sempurnakan berbanding dengan kita yang hanya alar kadar jew nie....aku juga ada mendengar banyak kebaikannya memakai tudung labuh nie....orang lelaki tak berani nak usik kita...betol ker???.Ya Allah hidayah itu milikMU tapi untuk mendaptkan hidayah itu kita perlu cari....semoga aku diberi kekuatan....Insyaallah suatu hari nanti...